Do you have Sleep Apnea? Reduce it tonight with SomnoGuard from PanMedic Sdn Bhd
 

Apa itu MAD?

 

SomnoGuard adalah sejenis MAD (alat mengalihkan rahang). Ianya sejenis pendakap gigi khas yang digunakan dalam mulut sepanjang malam.

MAD berfungsi dengan menganjak rahang bawah sedikit ke depan (beberapa millimeter) untuk membuka bahagian atas salur pernafasan.


Jika dengkuran berpunca dari salur pernafasan sempit, alat MAD mungkin dapat menghentikan dengkuran anda dan membolehkan pernafasan lebih lancar ketika tidur.

Namun, terdapat beberapa sebab alat MAD tidak sesuai untuk anda:

  • Masalah sendi rahang
  • Penggunaan gigi palsu
  • Menggesel gigi, di waktu siang atau malam
  • Masalah pergigian - bincangkan dengan doktor gigi anda
  • Epilepsi

Kebanyakan individu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri menggunakan alat MAD.

Walaupun jarang berlaku, beberapa masalah dengan MAD termasuklah:

  • Gigi longgar atau patah
  • Rawatan dental yang teralih
  • Radang gigi dan gusi
  • Sakit rahang
  • Susunan gigi teralih

Periksa alat berkenaan dengan kerap untuk tanda kerosakan dan jangan gunakan jika ada retak atau bahagian longgar.

Untuk menjaga alat MAD anda:

  • Bersihkan alat tersebut menggunakan berus lembut dan cecair pembersih (atau ubat gigi) dan air.
  • Basuh dan keringkan.
  • Balut dengan tuala atau tisu bersih.
  • Simpan jauh dari cahaya matahari dan suhu tinggi.
  • Gunakan disinfektan secara berkala.  

 

Apakah kadar kejayaan SomnoGuard?

 

Keberkesanan klinikal SomnoGuard telah terbukti.
SomnoGuard mengurangkan dengkuran dan RDI (Indeks Gangguan Respiratori) antara 50 hingga 80% di bawah pengawasan polisomnografik.


Untuk SomnoGuard AP, kadar keberkesanannya lebih tinggi dalam mengurangkan dengkuran dan apnea tidur kerana ia dibina dari dua struktur asas. Alat ini dapat disesuaikan mengikut keperluan individu. Perubahan keperluan individu dapat dipenuhi dengan hanya membetulkan skru pada SomnoGuard AP. SomnoGuard 2.0 pula hanya mempunyai satu stuktur tunggal dan tidak boleh dibetulkan untuk menyesuaikannya dengan perubahan keperluan individu. Oleh itu, boleh difahami mengapa kadar keberkesanannya lebih rendah berbanding SomnoGuard AP.

Apakah kesan sampingan SomnoGuard?

 

Pemerhatian menunjukkan antara kesan sampingan termasuklah sakit gigi dan rahang yang sementara di waktu pagi dan juga peningkatan pengeluaran air liur untuk beberapa malam pertama. Ada juga pengguna melaporkan rasa mual.

Waktu membiasakan diri bermula dari mula penggunaan sehingga 21 hari, tetapi secara purata pada hari keempat.

SomnoGuard biasanya diterima baik. Kesan sampingan adalah ringan, sementara dan hilang selepas tiga atau empat minggu, bila pesakit sudah menyesuaikan diri. Satu pemerhatian serupa turut dilaporkan dalam semua kajian klinikal yang dijalankan setakat ini.

 

 
  Back  Kembali Berikut Next

NEW! - GetUpFesh.com was launched on 11 Jan 2010. Visit GetUpFresh.com for all information on SomnoGuard. Click here to visit it now!

Klik imej-imej dibawah untuk matlumat lanjut:
 SOMNOGUARD 2.0
 
Alat oral tunggal yang mudah, cuma panaskan dan gigit
Harga berpatutan
Mudah dibawa ke mana-mana
Mudah dipasang
Click here for the details of SomnoGuard 2.0


 SOMNOGUARD AP
 
Alat oral 2 bahagian yang mudah, cuma panaskan dan gigit
Pengekalan stabil dan tetap

Membolehkan rahang bawah bergerak ke sisi

Pemasangan percuma oleh Pakar SomnoGuard di Panmedic
Click here for the details of SomnoGuard AP


 SOMNOGUARD AP PRO
 
Kualiti tertinggi

Membolehkan rahang bawah bergerak ke sisi.

Purata jangka penggunaan antara 3 hingga 5 tahun ke atas.
Click here for more information of SomnoGuard AP Pro
Click here to read more articles about our SomnoGuard
Click here to view the article of SomnoGuard on The New Straits Times
Click here to view the article of SomnoGuard on The New Straits Times
Click here to view the article of SomnoGuard on The New Straits Times

Mingguan Malaysia
27th January 2008

The New Straits Times
11th December 2007

The New Straits Times
25th September 2007

Check out what Mr Yap Beng Kiat, who was a heavy snorer, said about his experience with SomnoGuard as reported by The New Straits Times on 25 September 2007.
Click here to read more..

Click here to view the article of SomnoGuard on The News Straits Times
Click here to view more videos related to our SomnoGuard

E-mel laman ini kepada rakan anda.
Copyright © of PanMedic Sdn Bhd 2007